Dasar Keselamatan

1. Bagaimana kami melindungi maklumat anda?

Kami melaksanakan pelbagai langkah-langkah keselamatan untuk menjaga keselamatan maklumat peribadi anda apabila anda membuat pesanan atau masuk, hantar, atau mengakses maklumat peribadi anda.

Kami menawarkan penggunaan komputer pelayan yang selamat. Semua maklumat sensitif/kredit yang dibekalkan, dihantar melalui teknologi Secure Socket Layer (SSL) dan kemudian disulitkan kedalam pengkalan data pembekal gerbang pembayaran kami, dimana hanya boleh dicapai oleh orang-orang yang diberikan kuasa dengan hak capaian khas untuk sistem-sistem tersebut, serta perlu menyimpan maklumat sulit tersebut.

Selepas tamat transaksi, maklumat peribadi anda (kadkredit, nombor keselamatan sosial, kewangan, dll) tidak akan disimpan pada Komputer pelayan kami.

2. Adakah kami menggunakan cookies?

Ya. 'Cookie'adalah satu fail teks yang diletakkan dalam cakera keras anda oleh halaman Web pelayan. 'Cookie' ditugaskan secara unik kepada komputer anda, dan hanya boleh dibaca oleh satu pelayan Web dalam domain yang mengeluarkan 'cookie' kepada anda.

Satu daripada tujuan utama 'cookie' adalah bagi memberi satu ciri kemudahan untuk anda menjimatkan masa. Tujuan 'cookie' adalah bagi memberi tahu pelayan Web yang anda telah kembali ke satu halaman khusus.

3. Perlindungan data

MyFPX MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH boleh menggunakan teknologi terkini termasuk penyulitan perisian untuk melindungi maklumat anda atau mana-mana data yang anda berikan dalam portal kami bagi mengekalkan standard keselamatan untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

4. Ruang Simpanan

Untuk melindungi data peribadi anda, semua storan elektronik dan penghantaran maklumat akaun pengguna disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang terkini.