Soalan-soalan Lazim

Bagaimana saya boleh mendaftar dalam portal MyFPX MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH?

Pendaftaran adalah mudah. Hanya klik butang Daftar di laman utama dan mula mengisi butiran anda.

Mengapa saya perlu mengisi semua butiran? Adakah terdapat sebarang caj yang dikenakan untuk pendaftaran?

Kami hanya memerlukan maklumat asas tentang diri anda sebelum anda menggunakan perkhidmatan daripada portal MyFPX MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH. Anda perlu menyediakan maklumat yang tepat seperti Nombor ID, Nama Penuh (MyKad / Passport / Kad Kuasa), Nombor Telefon Bimbit dan Alamat e-mel selepas pendaftaran. Ini adalah penting sekiranya kami perlu menghubungi anda pada masa hadapan untuk rujukan.

Dan tiada caj akan dikenakan untuk pendaftaran dengan MyFPX MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH. Ia adalah PERCUMA!

Anda mungkin mahu menyemak kenyataan Dasar Privasi kami untuk melihat dasar kami mengenai bagaimana kami menyimpan maklumat anda dalam portal MyFPX MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH.

Bolehkah saya menggunakan perkhidmatan pembayaran dalam talian selepas saya mendaftar?

Ya boleh! Selepas pendaftaran anda berjaya, anda akan menerima e-mel pengesahan untuk mengaktifkan akaun anda. Sebaik sahaja anda mengaktifkannya, anda boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan dalam portal MyFPX MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH.

Apakah kelebihan apabila saya mendaftar dengan portal MyFPX MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH?

Dengan portal MyFPX MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH, anda boleh memudahkan pembayaran anda dengan beberapa ciri lain seperti mendaftar akaun penerima kegemaran anda, semak bil semasa anda, dan semak status transaksi sebelumnya dalam tempoh 3 bulan yang lalu.

Bolehkah saya menukar kata laluan saya? Apa yang perlu saya lakukan jika saya terlupa kata laluan saya?

Ya, anda boleh menukar kata laluan bila-bila masa yang menggunakan ciri-ciri yang disediakan dalam bahagian profil pengguna.

Anda boleh meminta kata laluan baru melalui portal MyFPX MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH sekiranya anda terlupa kata laluan semasa anda. Kata laluan baru akan dihantar kepada anda ke alamat emel yang didaftarkan. Kami menasihatkan agar anda menukar kembali kepada kata laluan yang baru secepat mungkin.

Bolehkah saya menukar ID pengguna saya?

Tidak boleh. ID pengguna yang telah berdaftar akan digunakan setiap kali anda log masuk ke portal MyFPX MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH.

Bagaimana untuk mendapatkan nombor akaun bagi bil yang didaftarkan?

Sila rujuk pada bil semasa yang anda terima dari agensi masing-masing. Nombor akaun atau nombor bil adalah berbeza antara satu sama lain. Sila hubungi wakil agensi-agensi masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bil anda.

Bagaimanakah saya boleh membatalkan transaksi saya? Bolehkah saya mendapatkan bayaran balik?

Semua pembatalan bayaran perlu dilakukan secara manual. Anda perlu menghubungi agensi yang berkaitan jika anda fikir anda telah membayar secara berlebihan untuk akaun anda.

Sila semak bahagian Pembatalan kami untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah caranya untuk membuat aduan/pertanyaan?

Anda boleh menghubungi pegawai yang berkenaan melalui nombor di bahagian Hubungi Kami. Borang maklum balas juga disediakan untuk anda untuk menghantar mesej kepada agensi masing-masing.

Maklum balas terhadap aduan/pertanyaan akan dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja setelah aduan/pertanyaan diterima dan penyelesaian akan disediakan dalam tempoh tujuh (7) hari waktu bekerja.

Jika anda mempunyai apa-apa keraguan mengenai penyelesaian aduan/pertanyaan oleh Jabatan/Agensi terbabit, anda juga boleh menyalurkan aduan di Portal Aduan e-Aduan Melaka @ Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)

Tiada bayaran akan dikenakan untuk aduan/pertanyaan yang dikemukakan.

Apakah MEPS FPX?

Financial Process Exchange (FPX) adalah saluran bayaran alternatif untuk pelanggan-pelanggan membuat bayaran dan pembelian secara atas talian seperti melalui laman web.

Adakah Pembayaran yang dibuat melalui MEPS FPX selamat?

FPX memanfaatkan perkhidmatan dengan bank-bank yang terlibat dengan Perbankan Internet dan menyediakan proses pembayaran atas talian yang cepat, selamat, boleh dipercayai dan dalam masa nyata (real time). FPX menyediakan transaksi perniagaan end-to-end yang lengkap, rekod pembayaran, dan proses reconcilation yang dipermudahkan serta mengurangkan risiko kerana pergerakan dana adalah diantara institusi-institusi kewangan yang telah ditubuhkan. FPX juga menggunakan pengesahan dan pensijilan untuk memastikan transaksi yang dilakukan adalah selamat.

Apakah Bank-Bank yang terlibat bagi FPX?

Pada masa ini, terdapat 15 bank yang terlibat:

  • Islamic Bank
  • Maybank
  • Hong Leong Bank
  • Public Bank
  • CIMB Bank
  • OCBC Bank
  • UOB
  • Standard Chartered Bank
  • Public Bank
  • Bank Rakyat
  • AmBank
  • HSBC Bank
  • Affin Bank
  • Alliance Bank
  • RHB Bank
Apa yang saya perlukan untuk membuat pembayaran dengan FPX?

Anda perlu mempunyai satu akaun perbankan internet dengan bank-bank terlibat seperti yang disebutkan di atas.

Adakah terdapat sebarang caj bagi pembayaran melalui FPX?

Caj Bank sebanyak RM0.50 akan dikenakan oleh pemegang akaun untuk pembayaran melalui akaun individu & RM 1 untuk akaun Syarikat.

Apakah waktu operasi bagi pembayaran melalui FPX?

Perkhidmatan FPX boleh didapati dari 3:00 pagi hingga 12:00 tengah malam setiap hari, tujuh hari seminggu, 365 hari setahun. Walau bagaimanapun, Perkhidmatan FPX juga bergantung kepada ketersediaan perkhidmatan Internet Banking oleh bank-bank yang terlibat.

Apakah had maksimum transaksi pembayaran melalui FPX?

Pada masa ini, had transaksi ditetapkan pada RM 10,000.00 setiap transaksi.

Pembayaran saya berjaya, tetapi saya tidak menerima apa-apa pemberitahuan/resit. Apa yang perlu saya lakukan?

Sekiranya anda mendapati sebarang kesukaran mendapatkan maklumat bayaran selepas transaksi, sila ikuti langkah ini:

  • Sila hubungi bank anda untuk mengesahkan pembayaran anda.
  • Sebaik sahaja anda telah mendapat maklumat terperinci mengenai butiran transaksi anda, sila hubungi pegawai agensi-agensi berkaitan untuk bantuan. Sila berikan ID transaksi yang telah dibekalkan oleh pihak bank.
Adakah saya perlu menyimpan bukti pembayaran?

Ya. Anda perlu menyimpan bukti pembayaran untuk rujukan anda (Proof of Payment). Walau bagaimanapun, bukti pembayaran tidak boleh digunakan sebagai resit rasmi. Sila baca Terma dan Syarat yang terdapat di dalam portal ini.

Urusniaga saya berjaya, tetapi akaun (agensi) tidak dikemaskini. Apa yang perlu saya lakukan?

Sekiranya transaksi berjaya, akaun agensi akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja. Sekiranya ia masih tidak dikemaskini, sila hubungi pegawai di agensi masing-masing untuk semakan pada akaun anda.